Saturday, May 18, 2013

Sophia


SOPHIA

(i)

Bilik 505. Hotel Romance. Istanbul.

Sophia mengunci bilik. Biarkan Idrus di luar. Ketukan demi ketukan dibiarkan sahaja. Sedih, sayu, merajuk, marah bercampur-baur. Pokoknya, dia memang berkecil hati. Sophia menarik selimut menutupi sekujur badannya yang sudah tidak berpakaian itu. Dia merangkul bantal, memeluk erat dan membiarkan airmata berlinangan.

Idrus menapak koridor tingkat lima Romance Hotel tempat mereka menginap. Kedinginan dari suhu di luar yang menyelinap masuk ke ruang hotel begitu menyengat. Dalam keadaan panik tadi dia keluar dari bilik. Disangkakan Sophia akan cepat pulih dari kemarahan melulunya tadi. Namun setelah sejam, Idrus masih di luar hanya dengan bersinglet dan berseluar Jeans. Dan berkaki ayam, tidak berkesempatan memakai kasut.

Walaupun tidak bertaraf lima bintang, mereka memilih untuk menghabiskan cuti ulangtahun perkahwinan mereka yang ke tiga di hotel itu sempena namanya, ‘Romance Hotel’. Namun malam pertama mereka terus menerima tamparan dugaan.

Idrus masih menapak sambil sesekali menghampiri pintu bilik 505. Ada masanya dia menekapkan telinga ke daun pintu; di dalam, diam dan sepi.

Sophia menyapu airmatanya. Perasan sayu berpaut di hati. "Sampai hati kau Idrus," bisikan tanpa suara dari hati Sophia. Tadi setelah masuk ke bilik, mereka terus bermesra umpama pasangan berbulan madu. Begitu rakus juga Idrus bagaikan malam pertama perkahwinan mereka dahulu. Mungkin suasana di bilik hotel telah merangsang suaminya, fikir Sophia. Mereka bercumbuan, Idrus memeluk erat dan merebahkan Sophia ke atas katil. Idrus terus mencium Sophia bertubi-tubi dan dengan licik menanggalkan pakaian Sophia satu demi satu. Sophia kelemasan dalam alunan asmara. Ketika dia sendiri berdiri untuk membuka pakaiannya, dengan selambanya Idrus berkata, "Jika kali ni tak jadi juga anak, saya akan kahwin dengan si Nana tu."

Tersentak! Bagaikan halalintar menyambar, Sophia kaku. Tidak disangka itu yang terkeluar dari mulut Idrus. Baru tiga tahun mereka berkahwin, Idrus memberi tekanan begitu untuk mendapatkan cahayamata. Malam itu, di kala mereka dalam keadaan bercumbuan Idrus umpama membaling najis ke mukanya. Sungguh keji.

"You monster, get out of here!" Sophia menjerit bagaikan orang dirasuk. Dengan dirinya tanpa seurat pakaian, Sophia menarik Idrus keluar dari bilik. Untuk tidak dilihat orang keadaan isterinya begitu, Idrus mengalah dan keluar. Tidak sempat dia menerangkan maksudnya. Yang mampu dia berkata di saat itu hanyalah, "I am sorry. So sorry!"

"Sorry for what??? For not being a father yet? Sorry for marrying me instead of that girlfriend of yours? Whaaaat?" Jeritan Sophia semakin lantang, diiringi raungan tangisan.

"Sampai hati you. Sampai hati….."

Di Kuala Lumpur, Bukit Mahkota.

Nana sedang dilamun mimpi enak tidur di kamarnya. Gambar Idrus bersamanya di dalam bingkai perak berukiran bunga ros itu diletakkan di atas dada. Tadi dia sempat berbual dengan Idrus walaupun hanya seminit. Cukup untuk dia mengetahui yang Idrus mengingatinya walaupun berada jauh di Istanbul bersama isteri. Sudah tiga tahun Nana menunggu. Menunggu Idrus menunaikan janji.

"We will be together one day. Please be patient. I love you," begitulah yang janji yang sering diulangi Idrus setiap kali selepas mereka melayari gelombang cinta bersama.

"What about her?" Setiap kali itu juga Nana meminta kepastian. "She will give the permission. If not, we will go to sempadan Siam dan nikah," dan bagaikan rekod buruk Idrus akan mengulangi ayat-ayat yang sama. Setiap kali itulah juga Nana tersenyum dengan penuh harapan.

Begitulah malam tadi sebelum tidur, Idrus menghantar lagi satu pesanan ringkas sebaik saja mereka mengucap 'bye-bye' di telefon.

"IMY," kata pesanan ringkas dari Idrus. "IMY2," balasnya.

Tersenyum dia mengenangkan pertama kali Idrus bertanya kepadanya apa erti IMY. "I Miss You," dia memberitahu.

Di bilik 505, Hotel Romance, Istanbul.

Bengang! Sophia bengang. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia mengeluarkan semua pakaian dari beg-beg mereka berdua. Semua pakaian dan fail-fail Idrus diselongkarnya. Dia mencari sesuatu. Memang dia tahu mengenai Nana, gadis yang bekerja di pejabat yang sama dengan Idrus. Pernah dia membaca sendiri beberapa pesanan ringkas dari Nana kepada suaminya. Bukan main menggoda dan penuh dengan ayat-ayat cinta. Setiap kali dia bertanya kepada Idrus, jawapan suaminya sama saja, "Itu Nana yang hantar, Abang tak layan pun."

Menyampah, rungut hati Sophia. Memang dia tidak mempercayai sepenuhnya.

Kuala Lumpur, Bukit Mahkota.

Nana terkejut dari tidurnya apabila telefon bimbit berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dalam samar-samar cahaya dari luar jendela dia melihat jam menandakan waktu lima pagi. Terkejut. Nana terus bingkas dari katil dan duduk di birai.

"You can have him."

Kata-kata yang di luar dugaan. Nombor penghantarnya tidak dikenali. Tapi dalam debaran dia dapat mengagak bahawa pesanan ringkas itu ada kena mengena dengan Idrus.

Sambil mengusap perut, Nana tersenyum. "Yes, you are going to have your daddy at last," bisik hati Nana.

Dia berkira-kira untuk memberitahu berita mengenai kandungannya kepada Idrus. Sekarang kah?

Hotel Romance, Istanbul.

Pening. Idrus buntu. Dia pening memikirkan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh mengeluarkan kata-kata yang sememangnya tidak sensitif tadi. Salah tempat dan salah waktu. Namun dia juga merasa lega kerana telah meluahkan hasrat hatinya kepada Sophia.

"Biarkan dia jika dia tidak dapat menerima hakikat ini. Kahwin tetap kahwin," tiba-tiba datang perasaan yang meyakinkan dan membuang terus rasa bersalah di hatinya. Tapi buat masa ini dia memerlukan tempat yang lebih selesa, dan lebih panas. Badannya menggigil menahan kedinginan. Idrus mengetuk lagi bilik 505. Tiada jawapan.

Sophia memerhatikan telefon bimbitnya. Dia seperti mengharapkan jawapan kepada pesanan ringkas yang telah setengah jam dihantarkan kepada Nana. "Sedang mengadu dengan Idrus agaknya si perempuan tu," dengus hatinya geram.

Percutian ulangtahun perkahwinan ketiga ini sungguh di luar dugaan. Mereka memilih Istanbul sebagai destinasi kerana ingin bersama menziarahi Hagia Sophia. Peninggalan penting sejarah, sebuah gereja yang bertukar menjadi masjid dan akhirnya digunakan sebagai Muzium. Kerana nama yang sama, begitu kuat keinginan Sophia untuk datang ke Muzium yang terkenal di kota raya Istanbul. Tidak disangka sama sekali, rupa-rupanya dia sendiri yang menjadi korban di Hari Raya Korban tahun ini; dikorbankan segala impian kebahgiaannya oleh Idrus. Tidak disangka juga, Hagia Sophia bakal mendapat pewaris terbaru bernama Sophia sebagai peninggalan sejarah percintaan yang semakin hampir terkubur di muara Bhosporus.


Idrus terjaga dari tidur setelah dikejutkan oleh kakitangan house-keeping. Setelah tidak berjaya memujuk Sophia untuk membuka pintu, dia telah memasuki bilik stor house-keeping dan membaluti dirinya dengan tuala-tuala yang tersimpan di situ. Dengan segera dia bangun dan menghala ke bilik 505. Dia mengetuk. Diam. Dia cuba membuka pintu. Terbuka. Pintu tidak berkunci. Tapi Sophia tiada di dalam.


Idrus memeriksa bilik. Beg Sophia dan beg kepunyaannya masih ada. Bilik berselerak dengan pakaian yang telah dibongkarkan. Di atas meja solek ada nota.

"I am gone. Don't look for me. Happy anniversary."

Bukit Mahkota, Kuala Lumpur.

Nana terpinga-pinga. Dua lelaki meluru ke arahnya yang sedang membuka kunci pagar rumah untuk ke pejabat. Dua lelaki yang tidak dikenali. Dia melarikan diri cuba memasuki rumah. Tetapi lelaki tadi begitu pantas melompat pagar. Seorang dari mereka menarik Nana masuk ke kereta. Pintu kereta ditutup dan dikunci. Dia cuba menjerit, namun sebaik dia membuka mulut sepantas itu juga mulutnya disumbat. Matanya ditutup dengan ikatan kain hitam. Dia dipaksa berbaring di celah kerusi bahagian belakang dan ditindih oleh lelaki sasa tadi. Lelaki seorang lagi membuka kunci pagar dan kemudiannya memandu kereta kepunyaan Nana keluar. Dia dapat rasakan kereta dipandu laju, dan membeluk ke kiri dan ke kanan dan ke kiri. Tiba-tiba dia menghidu klorofom. Nana terasa loya dan semakin lemah. Pitam.

Istanbul.

Sophia berjaya mendapatkan tiket kapal terbang dengan pesawat Turki ke Dubai pada hari yang sama. Dari Dubai dia bakal menaiki pesawat Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur. Pertama kali di dalam hidupnya dia merantau di antara benua dengan sehelai sepinggang. Tidak ada bagasi pakaian. Tapi bagasi sejarah kehidupannya semakin berat. Dia tahu itu dan dia telah bersedia untuk menghadapinya. "Kau tersalah orang Idrus," bisik hatinya, nekad.

Idrus menekan nombar telefon Nana. Tidak ada jawapan. Dia membuat panggilan ke pejabat dan diberitahu Nana belum tiba di pejabat. Sudah jam sebelas pagi di Malaysia, mustahil dia belum tiba. Panggilan ke rumah teres kediaman Nana di Bandar Bukit Mahkota juga tidak ada jawapan. Hairan! Sejurus kemudian kehairanan tadi bertukar menjadi panik. Adakah sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Nana? "Ya Allah, selamatkan Nana." Sudah lama Idrus tidak menyebut nama Allah, tapi di pagi Hari Raya Korban itu tanpa segan silu dia mencari pertolongan Allah pula.

Kuala Lumpur, Malaysia.

"Kepada warga negara Malaysia, kami mengucapkan selamat pulang."

Selalunya pengumuman itu akan menggembirakan Sophia setiap kali dia pulang ke tanahair. Di pagi itu, dia tidak ada apa-apa perasan. Wajahnya bersahaja, bagaikan wajah yang masih lali dari suntikan botox seperti yang pernah dialaminya empat tahun dahulu sebagai ubah-suai diri untuk memikat Idrus. Dia bergegas ke kaunter teksi. "Saya mahu ke Bukit Cerakah," katanya sambil membayar.

Mamai. Kesan klorofom sudah habis dan Nana dalam keadaan mamai. Badannya masih ditindih. Tapi dia tidak lagi di dalam kereta. Dan dia tidak lagi ditindih oleh lelaki tadi. Ada sesuatu yang berat dan keras menindih badannya. Panik. Dia tiba-tiba menyedari bahawa hampir keseluruhan badannya telah di timbus. Ditanam! Hanya lehernya sahaja yang di atas permukaan. Airmata membasahi kain pengikat yang menutup matanya. Tiba-tiba dia begitu takut. Menggeletar badannya ketakutan. Dia takutkan mati.

Sophia turun dari teksi di kedai makan Thai di Seksen 12, Shah Alam. Sejurus kemudian kereta Mercedes C200 hitam berhenti dan Sophia terus masuk ke bahagian penumpang di belakang.

"Terus saja ke sana," katanya memberi arahan kepada pemandu, lelaki sasa yang pagi tadi menindih Nana di dalam kereta yang sama.

Istanbul.

Perempuan! Idrus menyalahkan Sophia kerana menyusahkannya. Dia bersiap dan kemudian mengambil teksi menuju ke Hagia Sophia. Hematnya, Sophia mungkin ke sana membawa hati yang luka. Jika tujuan Sophia memilih Istanbul sebagai lokasi menyambut ulangtahun  perkahwinan mereka ialah kerana Hagia Sophia, sudah tentu dia ke sana juga untuk mengubat hatinya. Begitu telahan Idrus. Sangkanya Sophia bersedih dan dia bersedia untuk memujuk.

Tetapi sesungguhnya, dia tidak mengenali Sophia sepenuhnya sepertimana dia tidak mengetahui yang bibir mungil dan pipi montok Sophia itu hasil suntikan botox berjarum-jarum. Dia juga tidak mengetahui yang Sophia pernah berkahwin satu masa dulu sewaktu menuntut di England. Dan dia juga tidak mengetahui rahsia besar Sophia. Di suatu malam selepas pesta harijadi, Sophia bermalam bersama seorang lelaki keturunn Turki. Oleh kerana nafsu, kemudiannya Sophia mendapat tahu dia telah hamil hasil hubungan dengan pelajar itu. "Just once! We did it just once.," kata Sophia sambil menangis teresak-esak mengadu nasib kepada rakannya. Dia mengambil keputusan mengggugurkan kandungan di luar nikah itu. Untuk menutup rahsianya, Sophia mendapatkan khidmat dari seorang wanita keturuan Afrika. Oleh kerana tersalah operasi, rahim Sophia berkudis. Kudis menjadi barah. Akhirnya Sophia terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim. Satu pengorbanan kerana nafsu. Dari saat itu, tamatlah sebarang impiannya untuk menjadi seorang ibu. Lelaki Turki menghilangkan diri.

Shah Alam, Malaysia.

"Sebaik saja aku selesai , aku mahu kamu berdua menembak aku sampai mati. Pastikan tembakan kamu tepat pada sasarannya. Ingat! Aku mahu mati tanpa sakit. Kamu faham?" Arahan terakhir dari Sophia setelah menghulurkan wang upahan kepada kedua lelaki tadi. Upahan kerana membawa Nana ke situ. Juga upahan untuk menamatkan riwayatnya. Nekad dan bodoh.

Perit. Mata Nana perit diterjah cahaya matahari setelah kain hitam di buka. Muka Nana pucat lesi ditoreh tidak berdarah. Berdiri di depannya ialah Sophia. Di tangan Sophia sebilah pisau satu kaki panjangnya berkilau dengan cahaya ketajaman. Dia memejamkan kembali matanya. Mulutnya yang masih tersumbat dengan gumpalan kain, mengeluarkan bunyi yang menakutkan. Airmata bercucuran. Di saat itu wajah ibu dan ayahnya terbayang di mata. Dia tahu dia di ambang maut. Dia takut mati. Dia mendengar bunyi tapak kaki Sophia menghampirinya. Kesejukan mata pisau dapat dirasa di lehernya. Nafas Sophia panas menghembus ke arah mukanya.

"I am going to cut your throat," desis suara Sophia. Diiringi oleh bunyi tembakan.

Bang! Bang!

Kemudiannya senyap seketika.

Beberapa detik kemudian dia terdengar bunyi yang cukup mengerikan. Satu-satunya bunyi yang tidak mungkin dapat dia lupakan. Bunyi kematian dari dalam diri Sophia. Ngeri sekali. Nana membuka mata dan hampir saja termuntah apabila melihat darah memancut keluar dari kepala Sophia. Sekujur badan jatuh tertiarap, mati.

"Kau boleh pergi sekarang. Jika mahu hidup jangan sebut apa-apa kepada sesiapa. Ingat!" Tegas suara lelaki sasa yang masih lagi memegang sampul berisi wang upahan dari Sophia. Seorang lagi lelaki berpeluh setelah selesai menggali tanah yang menimbus Nana. Sekujur tubuh Sophia umpama binatang korban yang baru disembelih – mati. Tubuh Sophia dimasukkan ke dalam lubang yang tadinya terisi tubuh Nana dan segera ditimbus oleh kedua lelaki tadi.

"Apa lagi kau tunggu? Pergi. Nah kunci kereta," kata lelaki sasa sambil mencampak kunci ke arah Nana.

Longlai. Nana ingin melangkah tapi tidak berupaya. Seluruh anggotanya lemah. Di saat itu hatinya terasa cukup pilu. Takut. Sungguh berdosa. Cukup bersalah.

"Ambil lah kereta itu. Saya tidak mahunya lagi," kata Nana kepada kedua lelaki itu sambil berlalu pergi.

Dia melangkah menuju ke dalam rimba hutan simpanan Bukit Cerakah. Perjalanan menuju abadi yang tidak di ketahui di mana akhirnya.

(ii)
Hagia Sophia, Istanbul.

Idrus membaca nota dari Sophia berulang kali. Dia berpusing-pusing mengelilingi Hagia Sophia menunggu kemunculan isterinya yang hilang. Di situlah aku menemuinya di Hari Raya Korban baru-baru ini apabila aku sendiri bercuti di Istanbul. Menitis airmatanya menceritakan kerinduannya kepada Sophia.

Sophia yang terkubur bersama sebuah cinta tanpa nisan.

Nama yang hilang bersama sebuah harapan dan penantian tanpa dikesan.

Idrus, penunggu setia Hagia Sophia. Sungguh di luar dugaan bagi seseorang yang tidak pernah setia kepada cinta. "Hari ini ulangtahun perkahwinan kami yang ke lima belas," kata Idrus mengusap airmata.

"Happy anniversary," aku berbisik. Menitis juga airmata ku.

Sunday, April 28, 2013

PRU13: The real winners are Malaysians who...

May 5th, is D-day. Malaysians at every corner of the world will be waiting for the outcome of the 13th general election like they have never done before. One side of the divide will be celebrating while the other will be counting all the fouls they can trump up to discredit the election process.

Ideally, like all competitions, winners need to be magnanimous and losers need to accept defeat with open mind and heart. Both side must make extra effort to forgive and seek forgiveness; from each other and from Allah. Too many ugly thoughts, dubious deeds, and slandering words have been committed in the name of political sinning, in a struggle where the real losers are the few who have been brain-washed with political propaganda and turned into political fanatics; political monsters beyond their normal character.

6th May 2013, the day after and the dawn of a new beginning - either for BN or PR. Sigh of relief will be felt nationwide. Relief that it is all over! The build up has been crazy mad. Married couples can retire to their bedroom and make love (not war) again. Youth can resume their aimless loitering, until their services to carry political flags will be wanted again four or five years from now. Neighbors can talk and exchange niceties once more, in typical Malaysian tradition. Social media and FB walls will once again be filled with pictures of 'makan-makan' and 'feel good self-portraits'  and 'photos of pets and show off bits and pieces' and anything else but political posters. Enough of party squabbling! . Everyone will admit finally, they can't take anymore!

Majority of citizens who have been able to exercise self-control and have shown how civilized society members should behave, will be the real winners. The close fight will mean that who ever will form government on 6th May, will try harder to please the citizens. Corrupt leaders will be side-lined. Shady deals will be made transparent. Purchase of future Scorpenes will be done through tenders and by independent panels of professionals. Murder cases will be investigated and criminals regardless of positions or creed will be prosecuted. Sexual video tapes and sodomy charges will no longer be considered effective political tactics to bring down anyone. They, the political aspirators and conspirators, will (hopefully) have learnt their lessons. Dirty tactics back-fire!

Ulamaks will be seen in different lights. They will be respected in their local communities, and the more famous amongst them will have huge national followers. There will be new waves to propagate Islam as a way of life! Malaysians, through this PRU13, have been exposed to the battles of 'Islamic' versus 'Not so Islamic' - and the outcome is good for the religion. If 9/11 has created an explosion of awareness (pardon the pun) about Islam amongst the Non-Muslims, PRU13 has a similar effect. Even Karpal Singh is now more aware and accepting of Islam, and we should not dismiss the possibility of Karpal (and others) embracing Islam one day.

Which ever party win or lose - PR or BN - Malaysians stand to win, overall.

A real breakthrough of course will be if PR wins. We will then not only have a new government, we will also have a new opposition. That, surely, will benefit us, the citizens!

Post PRU13 until the next general election - let us support the elected government and live our lives as progressive and harmonious Malaysians.

No matter where I am, Malaysia is my home. The rule of nature dictates, fallen leaves will be replaced by new ones. Nothing and no one are permanent. We should learn from the past, live for today, and aspire for better tomorrow. And, by that rule of nature, we should all aspire for a better Malaysia. We can... Ini Kali Lah!

Saturday, April 27, 2013

PRU13: Personalize your campaign messages

Tomorrow 28th April 2013, Malaysians living overseas who have registered as postal voters will be discharging their responsibility to vote - participating in a what can be a once a life time historical event for Malaysia. The country has never before been ruled by other than UMNO and its affiliated political parties. This is the time! (Ini Kali Lah!).
Even more than a change in the government, what is more significant is a breakthough in the way we think; achieving 'independence' and self-belief that we can exist on platforms of merit and equal rights.
To vote for change is to claim our right - the right of citizens to vote and choose the government we wish to lead the country without fear - whether the fear element is real or created to paralyze us. UMNO, through its oppressive leaders has managed to cripple and paralyze Malays' independence  and self-belief. We have been brain-washed that without UMNO the country will be taken over by Chinese and that Lee Kuan Yew or his ghost will come back to rule Malaysia. Nonsense!
Leading up to the PRU13 date of 5th May, majority of Malaysian citizens of voting age are involved in one way or another in campaigning and spreading of the parties' propaganda. The social media has made it possible for everyone to participate from the comfort, although not necessarily the safety, of their home. You are not safe! What you say on the social media can come back to haunt you.
Malaysians are horrible when it comes to being vengeful (berdendam). Those who are quiet and 'nice' outwardly tend to be worse at harboring revenge (dendam). They will be waiting for opportunities to turn the table onto their perceived 'enemies'. Even when in reality, most of the time, the 'enemy' exists only in their own mind.
Malays are known for being 'sensitive' (Mudah terasa). Hence idioms such as, "Makan Hati", "Ambil Hati", "Simpan dalam hati" still exist and popularly used.
Therefore, the point that I want to make here.
"Be selective in campaigning; avoid any form of campaigning for syiok sendiri - and focus on campaigning where you can deliver real messages which can influence your audience to change or modify his or her view about certain things."
Avoid, for instance, saying things that makes you feel good but deliver absolutely nothing except pissing off people who disagree with your political view! You are pushing them even further away. You feel good but you achieve zero! I call this type of campaigning as - syiok sendiri! A group of people beating their own drums, dance and celebrate, but gain nothing and may even lose! Remember the story of "Lebai Malang?"
Avoid reacting emotionally to provocations to the extent of severing relationships. Once the election is over, the elected leaders will mend their ways and get on with their life. Politicking is their profession. Can we? Have we created emotional damages too deeply that the scars will not allow us to mend our ways ?
Do deliver messages and information which will help others to understand why you believe what you believe. Personalize your experience, and personalize your reasoning. People on your social media circle want to know your view and your conviction, NOT reading you parroting what they have seen elsewhere. This is not easy and I am also guilty of the same - however, it is my self-reflection which prompted me to write this article.
I am at a phase in life where I can survive without depending on too much favours from the political leaders' office. However, I realize, no matter how successful or financially independent we think we are, we need as much good will from others as possible. Their doa and prayers. Their well wishers. We don't need enemies. We want to be able to stop at traffic lights and not worry whether a guy on motorbike is going to pull out a gun and shoot us.
Therefore, let me repeat my point.
"Be genuine in our campaigning - focusing on the objective, to influence others to believe in what we believe, and to share our convictions. Be selective. Be effective. We don't want to involve in futile campaigning for the sake of feeling good, inflating our own ego, and syiok sendiri!"
To personalize my own experience and conviction, I'll vote for PAS / PR, because I am voting for Islam and a change in the government. In my view, PAS has the best chance of instituting Islamic ways of life in Malaysian society. I am convinced that Tuan Guru Nik Aziz is a better Muslim than most other political party leaders, and that his struggle is for Allah's pleasure. I am also convinced that a new government will put an end to mega corruption and abuse of power. Too much of a good thing for too long has been one of the reasons why the Malaysian government under BN has forgotten the day to day struggle of the citizens. Their focus has been narrow - to the few cronies / Malays.
May the best candidate win!

Tuesday, April 23, 2013

Jika aku dicalonkan sebagai YB



Pp, Jeddah, 22 April 2013

Sunday, April 21, 2013

PRU13 - Itu ini, di sana sini.

PRU13 sengit. Ini kalilah negara kita mempunyai harapan besar untuk melenyapkan lanun2 dan perompak2 khazanah negara (milik rakyat) dari Putra Jaya. Kali ini juga kita berpeluang, jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan, untuk menelanjangkan watak2 bertopeng di dalam kerajaan. Ramai dan mereka tahu siapa mereka! Mereka juga selama ini telah menukar corak permainan politik dengan mengguna taktik kotor dan keji - menabur fitnah, mengaib, dan mengguna taktik samseng. 

PRU13, walaupun baru saja tamat hari penamaan calon, telah menempa beberapa titik sejarah. 

1. Datuk Kamalia Ibrahim; Berani, Tegas, Berperinsip!
Tidak sanggup wanita dipanggil lembu, naib ketua wanita UMNO Malaysia menggesa supaya Sharizat meletak semua jawatan parti. Ahirnya beliau sendiri yang meletak jawatan!

Saya tertarik dengan pendirian Timbalan Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim meletakkan semua jawatan parti dan mendaftarkan dirinya sebagai calon bebas untuk kerusi Parliman Kuala Kangsar. Berani, tegas, berpendirian!

Tajuk tulisan di satu blog yang saya baca amat menepati perasaan saya.

Ramai lagi pemimpin UMNO yang kecewa dengan pucuk pimpinan parti tetapi mereka takut untuk bertindak setegas Datuk Kamalia kerana mereka banyak masaalah yang boleh diguna pakai untuk 'black-mail' dan terus menggelapkan masa depan politik mereka.

Kepada Datuk Kamalia, kita ucapkan syabas dan teruskan perjuangan menolak politik lembu dan diperlembukan.

2. Datuk Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin dari Perkasa - perkauman keterlaluan tetapi diberi kepercayaan oleh Najib yang melaung2kan Satu Malaysia! 

Bab ini saya konfius. 
Berpendirian perkauman keterlaluan.
Ada sejarah lompat parti.
Namun masih diberi kepercayaan oleh Dato Seri Najib? Atau, adakah kuasa ghaib Tun Mahathir campur tangan? Atau adakah UMNO itu sendiri memang sebuah parti politik perkauman seperti mereka menuduh DAP??

Saya Melayu, tetapi saya tidak sokong perkauman extreme yang di perjuangkan oleh Perkasa.

3. Datuk Husam Musa - Simbol keyakinan perjuangan PAS, berjuang untuk menawan Putrajaya dari Tengku Adnan, gergasi UMNO dan kaki bodek nombor satu!

Memang menaikkan semangat penyokong2 PAS dan juga rakyat yang ingin melihat perubahan! Husam memasuki Putrajaya sebagai seorang gentleman, bukan sebagi samseng. Pendekatan beliau berwibawa dan bertatasusila. Karismanya menawan dan meyakinkan. Semoga beliau berjaya!

4. Gelang Patah; jangan patah sayap sudahlah...
Lim Kit Siang ke Gelang Patah untuk melawan calon MCA. Alih-alih, MCA angkat bendera putih. Maka UMNO pun bersidang. Lalu keputusan diambil untuk meletakkan calon Melayu - orang kuat untuk menguburkan career politik Kit Siang! 

Isu di sini bukan Melayu lawan Cina. Ini BN lawan Pakatan Rakyat. Undi untuk Ghani ialah undi untuk BN. Undi untuk Kit Siang ialah undi untuk tukar kerajaan.

5. Papa Gomo - blogger yang membawa budaya politik celah kangkang!
Siapakah dia?
Apakah motif nya?
Setakat manakah ajaran agamanya?
Sama-samalah kita doa supaya mamat sorang ini mendapat hidayah dari Allah untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus. Semoga Allah mengampunkan dosa beliau memfitnah dan mengaibkan sesama seagama.

6. Ummi Hafilda - satu watak dalam filem seram bersiri.
Ke hulu ke hilir dia ni menjual cerita, membasuh kain busuk di khalayak ramai.
Di hulu di hilir orang dengar cerita misteri dan cerita seram - bertepuk tangan - kemudian mentertawakan wataknya yang agak suam-suam kuku dan kurang seposen gitu!
Kita harap selepas pilihanraya ni, dia ni duduk lah diam-diam di rumah atau di mana saja dan bersara terus dari menjadi penjual cerita seram bersiri!

7. ROS oh ROS!
Kes DAP hilang hak mengguna lambang parti mereka merupakan satu skendal politik luar biasa yang bisa diatur di Malaysia.
Tetapi saya lihat ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Seronok juga melihat Karpal Singh dan Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang Bulan! Semoga pengundi Melayu, Cina dan India melihat hikmahnya dan berlumba-lumba mengundi calon2 DAP - supaya sama-sama kita menggunakan kuasa undi untuk menukar kerajaan.

8. Ini Kali Lah!
Saya menyeru dan merayu orang kampung, saudara mara, sahabat handai, musuh2 seperjuangan, agar semua akan mengundi dan membuat pilihan yang membolehkan kita melenyapkan perasuah, pemboros, para munafik and pendusta dari menerajui kerajaan. Kita pilih pakatan rakyat - dan kita membolehkan tertubuhnya sebuah kerajaan yang mesra rakyat, memahami dan perihatin dengan penderitaan rakyat. 

9. BR1M itu rasuah politik. Kenapa sekarang baru nak bagi. Tapi dia bagi kita ambil. Ucapkan terimakasih. Tapi kita cerdik. Kita jangan terpedaya.
Kita undi Pakatan Rakyat; PAS, PKR, dan DAP. Satu pakatan ke arah Negara Maju Rakyat Makmur.
Kita tuntut janji Pakatan Rakyat nanti untuk harga minyak yang lebih murah, tol free, yuran sekolah free, dan harga kereta turun! 
Tanpa kerajaan rasuah, banyak wang negara boleh diagihkan kepada rakyat!

10. ALLAHUAKBAR! Lagi penting...akan bertambah para ulama di dalam kerajaan. Bukan saja rakyat Kelantan berduyun2 mencari ilmu di kuliah subuh, semua rakyat Malaysia pun boleh ! Wanita bertudung menutup aurat. Ilmu pengetahuan agama diutamakan.

Berkumandang azan, surau dan mesjid dipenuhi. Begitulah...ke arah negara Islam sebenar. Berjual beli mengikut cara Islam. Pertalian dan hubungan sesama insan mengikut sunnah Rasullullah (saw).
Duniawi dan ahirat yang seimbang. In Shaa Allah.