Friday, January 13, 2012

"Selamat Tahun Baru Nyaa!"

Dua minggu aku di Malaysia di ahir bulan Disember 2011 - dan banyak juga hal-hal penting dapat diselesaikan. Di dalam kesibukan dan kepadatan jadual, sempat juga aku pulang ke Kelantan untuk satu hari - di hari Jumaat terahir 2011.

Aku masih ingat perbualan aku dengan Nyonya kedai perabut di Kuala Krai Kelantan.

"Ni rego mughoh terlajok doh nie (This price is already too low)" Kata Nyonya itu, yang kami di Kelantan selalunya panggil Mek atau Nyaa saja.

"Bagilah diskaun lagi...perabut ini pun untuk budak sekolah.." Aku cuba negotiate.

"Demo bukae oghe Kelatae korr? Ingat kae takdi oghe Kelatae, tu kito bui dengae rego tu...kalu oghe luar rego mahal lagi! (So you are not a Kelantanese? I thought you were, that was the reason i offered a good price, if not a Kelantanese a higher price!)"

Tersentak juga aku. Rupa2nya aku telah bercakap bukan pelat Kelantan walaupun Nyaa tadi dari awal berkecek Kelatae dengan aku. Sempat juga dia mengusik aku, sekali gus memberitahu, harga yang di beri itu memang sudah harga special.

Orang Cina di Kelantan memang cakap Melayu dengan pelat Kelantan. Mek Cino atau Nyaa tadi pun memakai kain sarung batek dan baju kebaya singkat. Hari Jumaat biasanya semua kedai akan tutup. Tetapi diatas permintaan dan appointment yang telah dibuat lebih awal olih anakanda ku Fariz, dia sanggup tunggu dan buka kedai. 

Sejak aku kanak-kanak hingga kini hampir punya cucu, rakyat Kelantan hidup sebagai masyarakat majmuk sejati. Cina, India dan Melayu, berpakaian hampir serupa. Dialect cakap seolah-olah sama. Air muka sama jernis dan manis, dan sentiasa tersenyum. Melayu membeli dari Cina, dan Cina membeli dari Melayu. Saling tolong menolong dan bantu membantu. Tidak ada prejudis. Orang India tidak berapa ramai di Kelantan, jarang sekali kita jumpa kedai mamak contohnya. Kalau ada pun orang India, kebanyakannya di estet2 getah. Mana yang pernah aku temui juga menghayati hidup bermasyarakat dan mengaburi jurang perbezaan. 

1Kelantan telah lama mendahului 1Malaysia. Aku bangga dengan realiti dan identiti itu. Aku lagi bangga kerana keharmonian sejak dulu tidak terhakis olih arus pemodenan dan tekanan politik semasa. 

"Muloh mok demo dulu tu hop dok jjua di merket tu dop kene? (Your late  mother used to trade at the Market, right?)" Tanya Nyaa setelah aku menjelaskan perabut itu untuk rumah anak yatim yang aku dirikan di tapak rumah pusaka arwah mak dan menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang arwah mak.

Sekali lagi, aku tersentak. Nyaa itu mengenali dan mengingati arwah mak! Arwah mak saya sudah lama berhenti berniaga di Pasar Kuala Krai. Tetapi Nyaa itu masih ingat. Begitulah masyarakat kita di bandar kecil Kuala Krai. Aku tidak teruskan negotiation. Aku bayar harga yang diberikan dengan ihlas. Aku jadi suka pada Nyaa. Aku terharu...

"Terimaksih Nyaa...kalu gi Kualo Lupo gak, ghoyat la deh! Ambo belanjo makae...(Thank you Nyaa, if ever you go to Kuala Lumpur, please let me know, I want to treat you to dinner)" Kata aku sebelum beredar.

"Ambo dop suko Kualo Luppo! Sejak idup ni, baghu i sekali jah. Tu pong sebab anok lepah Unibersiti. Suko dudop di Kualo Kerae ni jah! (I don't like to go to Kuala Lumpur. In my whole life has been there only once that too when my son graduated. i like Kuala Krai) " Nyaa kata sambil tersenyum dan menghulur tangan bersalam dengan aku.

- Selamat Tahun Baru Nyaa....Kamu membuat aku masih menyimpan harapan untuk melihat 1Malaysian di satu hari nanti menjadi kenyataan - 

- Happy Chinese New Year to ALL my Chinese friends - 
Especially to three special people who have at one time in my career supported me as my secretary; Nancy, May Lian, and Adorna.

No comments:

Post a Comment